Panik lesen tamat tempoh, lelaki nyaris langgar polis di SJR

Panik lesen tamat tempoh, lelaki nyaris langgar polis di SJR

Polis mengeluarkan saman kepada pemuda berusia 21 tahun itu kerana memandu dengan lesen tamat tempoh.

Polis berkata, pemuda yang memandu Toyota Lexus hitam itu memecut dan hampir merempuh anggota polis bertugas ketika diarahkan berhenti di sekatan jalan raya di KM47.8 Lebuhraya Damansara-Puchong Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Seorang pemuda hampir melanggar anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di KM47.8 Lebuhraya Damansara-Puchong dari arah Puchong, Cyberjaya ke Dengkil pada Sabtu lalu akibat panik lesen memandunya tamat tempoh.

Pemuda berusia 21 tahun itu yang memandu Toyota Lexus hitam, memecut dan hampir merempuh anggota polis bertugas di SJR ketika diarahkan berhenti.

Rakaman video selama 30 saat tindakan pemuda itu melarikan diri daripada SJR tersebar di media sosial.

Susulan kejadian itu Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga pemilik kenderaan itu hadir ke Balai Polis Trafik Sepang pada 6.30 petang semalam untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu keretanya dipandu adiknya dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu.

“Takut dimarahi abangnya kerana memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh dia punca tidak berhenti semasa pemeriksaan. Lesen memandu lelaki berkenaan tamat pada 9 Jan lepas,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.

Beliau berkata, pemuda itu kemudiannya hadir ke Balai Trafik Sepang pada 8 malam semalam dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif.

Katanya, satu saman dikeluarkan atas kesalahan memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.