
Air Selangor dalam kenyataan berkata, gangguan bekalan air akibat kejadian paip pecah di Jalan Kuari itu pulih pada jam 3.00 pagi tadi.
“Air Selangor memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.
Terdahulu sebanyak 13 kawasan di negeri itu dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air yang melibatkan akaun pengguna di Kampung Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra dan Taman Mestika.
Para pengguna disarankan supaya mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.