
Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin terhadap semua lelaki berusia 36 hingga 45 tahun itu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret.
Terdahulu, lelaki terbabit tiba di pekarangan mahkamah pada 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Semalam, SPRM menahan semua individu itu yang bertugas di beberapa cawangan bank terbabit di sekitar Lembah Klang.
Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15% hingga 35% daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta.
SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM69,000 dan beberapa utas jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada individu berkenaan dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000 di kediaman mereka di sekitar Selangor dan Putrajaya.