Pandu uji kereta ketika PKP, MB Kedah disiasat polis

Pandu uji kereta ketika PKP, MB Kedah disiasat polis

Tular di sosial media Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh.

Terdahulu, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disiasat polis selepas didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya, menurut laporan Bernama.

Terdahulu, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.