
Peningkatan itu diterima melibatkan pengguna gagal membayar hutang along sejak 1 Mei berbanding sebelum ini.
Setiausaha CAKE, Mohamad Yusrizal Yusoff, berkata ketika PKP tahun lepas, pihaknya merekodkan 30% aduan along dan dijangka meningkat lebih 50% selepas PKP penuh kali ini.
“Kebanyakan pengguna mendakwa meminjam along atas desakan hidup bagi menampung kehidupan mereka disebabkan tidak dapat bekerja dalam tempoh berkenaan.
“Akibat terdesak, ada yang meminjam dalam kadar rendah antara RM500 hingga RM1,000 sebelum hutang meningkat akibat caj bunga dan tidak mampu membayar hutang dengan baik,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, antara aduan kes diterima adalah seorang pengguna memberitahu dia terpaksa membuat pinjaman RM500 daripada along untuk membeli susu anak dan sebagainya dengan bayaran harian sebanyak RM5.
Bagaimanapun, katanya peminjam itu tidak berupaya menjelaskan bayaran dengan baik disebabkan perniagaan dan pendapatan tidak menentu.
“Kegagalan sebilangan peminjam membayar hutang along dalam tempoh ditetapkan menyebabkan ada menerima ugutan dan rumah disimbah dengan cat merah.
“Sebelum ini, ada pengguna meminjam along untuk membeli keperluan harian dan mereka mungkin akan meminjam lagi untuk pusingan modal niaga selepas tamat pelaksanaan sekatan,” katanya.
Yusrizal berkata, pihaknya percaya aduan akan meningkat disebabkan ramai terputus mata pencarian seharian mereka walaupun ada sektor ekonomi beroperasi seperti biasa.