
Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Nadzri Hussain berkata kesesakan berpunca daripada pemeriksaan lebih ketat dilakukan oleh anggota sekatan jalan raya trafik Kuala Lumpur, selain kesempatan terakhir orang awam berbelanja sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0.
Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta mencatatkan penurunan sebanyak 66% pada keesokannya.
“Pemantauan berterusan oleh JSPT mendapati tiada sebarang kesesakan dikesan di semua sektor lebuh raya dan SJR selepas fasa PKP 3.0 dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, tular satu klip video berdurasi 29 saat di aplikasi laman sembang WhatsApp mengenai keadaan trafik di Plaza Tol Jalan Duta yang sesak teruk akibat SJR oleh pihak berkuasa.