Kritik Sultan Johor: Ibu Neelofa selesai beri keterangan, beberapa lagi saksi akan dipanggil

Kritik Sultan Johor: Ibu Neelofa selesai beri keterangan, beberapa lagi saksi akan dipanggil

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ibu selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pagi tadi.

Noor Kartini Noor Mohamed memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, pagi tadi, berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Noor Kartini Noor Mohamed, ibu kepada selebriti kontroversi, Neelofa, selesai memberi keterangan kepada polis Selangor berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, sebelum ini kes terbabit disiasat polis Kuala Lumpur, namun diserahkan kepada polis Selangor selepas insiden berkenaan didapati berlaku di negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ibu selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, polis akan memanggil beberapa lagi saksi untuk melengkapkan siasatan.

“Ibu selebriti itu sudah selesai memberi keterangan dan siasatan akan diteruskan dengan memanggil saksi lain selepas ini,” katanya menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun IG milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.

Hasil siasatan mendapati seorang wanita berusia 32 tahun mengaku tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti berkenaan dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun IG itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.