
Berita Harian melaporkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di Pulau Pinang, Hasliza Razak, membenarkan perintah reman sehingga 4 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Juruteknik kilang berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada 4.45 petang semalam.
Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad dilaporkan berkata, remaja berusia 18 tahun itu membuat laporan yang mendakwa dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia enam tahun.
Katanya, perkara itu berlaku hampir setiap hari dan mangsa mendakwa pernah diliwat bapanya ketika berusia 15 tahun.