Kecoh AstraZeneca : Jangan libatkan kami, SElangkah beri amaran pada CITF

Kecoh AstraZeneca : Jangan libatkan kami, SElangkah beri amaran pada CITF

SELangkah juga tidak pernah dihubungi CITF sebagaimana didakwa dalam kenyataan media badan bertindak itu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah, Tengku Eista Tengku Alaudin, berkata dakwaan dilemparkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan media pihak itu hari ini tidak mempunyai asas sama sekali.
PETALING JAYA:
Pengendali aplikasi langkah masuk dengan selamat (SELangkah) yang dibangunkan kerajaan Selangor, menafikan tuduhan dan dakwaan mereka terlibat dalam tempahan slot vaksin AstraZeneca sehingga mengakibatkan kekeliruan dan kemarahan orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah, Tengku Eista Tengku Alaudin, berkata dakwaan dilemparkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan media pihak itu hari ini tidak mempunyai asas sama sekali.

“SELangkah menegaskan bahawa kami tiada sebarang penglibatan berkenaan tempahan slot vaksin Astrazeneca seperti yang didakwa.

“Kami juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara ini seperti yang didakwa.

“Pihak SELangkah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan dakwaan palsu yang bertujuan mencemar reputasi kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, CITF berkata, isu sebilangan individu yang diberikan janji temu bagi vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan berlaku disebabkan terdapat pihak lain membuat tempahan dalam jumlah yang banyak.

Dalam kenyataan, CITF menjelaskan, tempahan itu juga dibuat tanpa persetujuan individu terbabit, termasuk tempahan dibuat platform dalam talian SElangkah yang diperkenal kerajaan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.