
Beliau diwakili setiausaha politiknya, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan setiausaha akhbar, Muhammad Faudzi Jalil Al-Ahmadi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.
Kamal berkata, fitnah yang tersebar di laman sosial semalam adalah usaha berniat jahat yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan dan mencalarkan imej menteri.
“Dalam isu sewaan tanah sebanyak 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju lima tahun campur 10 tahun namun menteri mahukan 5+10+10 menjadikan 25 tahun. Hasil yang boleh diperoleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding hasil sewaan RM42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki,” katanya dalam kenyataan. 10
“Saya memohon polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dan bertindak mengikut undang-undang bertujuan menghapuskan amalan fitnah di negara ini,” katanya.
LGM telah membuat penafian dan penjelasan melalui siaran media yang diedarkan hari ini.
Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.
Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.
Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 satu kaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 satu kaki.
“Saya bersyukur dengan kerjasama ahli lembaga pengarah yang sangat bertanggungjawab dan saya juga rela disiasat SPRM mengenai perkara ini,” katanya.