Sasar lebih 80% warga kota terima vaksin menjelang Oktober, kata menteri

Sasar lebih 80% warga kota terima vaksin menjelang Oktober, kata menteri

Annuar Musa berkata usaha sedang giat dirancang melalui Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan beberapa klinik swasta sebagai alternatif pusat pemberian vaksin.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata program vaksinasi Covid-19 di klinik swasta juga akan dimulakan dengan 29 daripada 60 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
KUALA LUMPUR:
Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan imuniti kelompok dapat dicapai lebih awal dengan lebih 80% atau kira-kira dua juta penduduk, terutama di Kuala Lumpur, menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya menjelang Oktober ini.

Menterinya Annuar Musa berkata, usaha itu sedang giat dirancang melalui Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada.

“Kita akan sediakan tujuh trak vaksin bergerak dan ada lagi tujuh klinik swasta akan terlibat dengan program vaksinasi secara percuma ini, dengan purata 4,000 hingga 5,000 sehari suntikan dos sehari,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program vaksinasi golongan gelandangan hari ini.

Selasa lalu, Annuar mengumumkan pelaksanaan Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah melalui tujuh inisiatif Wilayah Cakna 5.0 dengan tumpuan di kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), kampung tradisional, seawal bulan depan.

Selain itu, Annuar berkata program vaksinasi Covid-19 di klinik swasta juga akan dimulakan dengan 29 daripada 60 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengenai saringan komuniti jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) secara percuma, Annuar berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai dengan sekurang-kurangnya satu tempat di setiap Parlimen, selain sedang melatih sukarelawan yang terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.