
Beliau, menerusi hantaran di Facebook, berkata sebanyak sejuta slot boleh ditempah bagi fasa 2 permohonan suntikan vaksin itu.
“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26 Mei 2021.
“Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” katanya.
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan pendaftaran pusingan kedua untuk vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada orang awam di bawah umur 60 tahun di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor serta Kuching dan Miri di Sarawak mulai hari ini.
Tempahan yang dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas itu boleh dibuat menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my.