
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semua suspek berusia 16 hingga 29 tahun itu dipercayai menyewa pangsapuri secara berasingan, iaitu dua di Apartmen Jalan Tanjung Puteri dan satu lagi di Apartmen Persiaran Jaya Putra, Taman Jaya Putra, dekat Johor Bahru.
Katanya, 19 lelaki dan 11 wanita terbabit dipercayai menyewa pangsapuri itu selama beberapa hari untuk berkumpul sempena Aidilfitri.
“Ketika ditahan, semuanya yang diperiksa berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mereka dikompaun di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.