
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy, dalam kenyataan berkata sehubungan itu pelanggan yang memerlukan masih boleh memohon bantuan ditawarkan BSN.
Katanya, masih ramai pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 walaupun sudah lebih setahun ia melanda negara dan keadaan semakin runcing dengan peningkatan kes harian dicatatkan di seluruh negara sehingga menyebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang terbaharu.
“Oleh itu, kami menyeru agar pelanggan yang masih memerlukan bantuan untuk segera memohon bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh BSN,” katanya.
BSN juga menegaskan sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan terlibat.
Permohonan Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan atau Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar BSN boleh dibuat melalui laman web https://www.bsn.com.my/page/TRA.
Maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900, emel [email protected], atau kunjungi cawangan BSN yang berdekatan dengan merujuk https://www.bsn.com.my/page/C19branchclosure bagi senarai cawangan BSN yang dibuka sepanjang tempoh PKP.