
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor dalam kenyataan berkata gambar berhubung perkara itu tular di media sosial memaparkan majlis sambutan yang diadakan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.
“Satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa dah terpampang kat gambar2 tu,” tulis hantaran akaun Twitter itu.
Berikutan itu, Ridhwan berkata polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
“Dalam akaun ini terdapat gambar yang dipercayai dilakukan oleh seorang Exco kerajaan negeri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
“Laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 Pemberitahuan Undang² (A) 225/2021,” katanya.