
Dr Sukhwinder dipetik Bernama sebagai berkata, kes positif pada mulanya dikesan melibatkan pekerja di bahagian pasar ikan, sebelum merebak kepada sebilangan kecil operator serta pekerja di bahagian lain di pasar berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyertai operasi pemantauan prosedur operasi standard (SOP) bersama petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai yang turut ditemui selepas operasi itu berkata pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan SOP di premis berkenaan bagi mengurangkan risiko penularan berterusan wabak Covid-19.
“Pemantauan pihak polis dilakukan setiap hari dan sehingga kini pematuhan SOP itu boleh dikatakan memuaskan.
“Namun perkara ini masih ditekankan kepada mereka yang bekerja di sini supaya mematuhi arahan ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dan mengimbas MySejahtera,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati rata-rata pekerja di premis itu mengamalkan SOP ditetapkan termasuk menjaga penjarakan fizikal semasa bekerja.