Lelaki ditahan kerana anjur majlis pertunangan ketika PKPB

Lelaki ditahan kerana anjur majlis pertunangan ketika PKPB

Polis menerima video 14 saat yang tular di media sosial menunjukkan majlis dipercayai dihadiri lebih 20 orang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila berkata, lelaki itu disiasat kerana melanggar SOP PKPB.
PETALING JAYA:
Polis Labuan menahan seorang lelaki berumur 47 tahun semalam, kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan yang dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lepas.

Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila dipetik Bernama berkata, lelaki itu ditahan pada 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular di media sosial.

“Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKPB,” katanya di Balai Polis Labuan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki itu boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Ahmad berkata lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu kesalahan di bawah Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.