Polis cari Jobby Basri bantu siasatan perhimpunan di Tawau

Polis cari Jobby Basri bantu siasatan perhimpunan di Tawau

Lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan video tular berkaitan perhimpunan yang melanggar SOP, kata polis.

Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas berkata lelaki itu dipercayai mempunyai maklumat berhubung aktiviti membabitkan kira-kira 100 individu di kampung itu.
TAWAU:
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular berkaitan perhimpunan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Baru, Batu 2, Jalan Apas, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas berkata lelaki dikenali sebagai Jobby Basri, 30, itu dipercayai mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkenaan yang melibatkan kira-kira 100 individu di kampung itu.

“Polis telah menjalankan siasatan terhadap video itu, diharapkan individu ini (Jobby Basri) dapat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter sehubungan itu turut mengingatkan masyarakat Tawau agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak melanggar undang-undang sedia ada.

Rabu lalu, tular sebuah video aktiviti sekumpulan remaja dan kanak-kanak yang berhimpun sambil melakukan tradisi mengejut penduduk kampung untuk bersahur di Kampung Baru.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berkumpul dan bersorak tanpa pematuhan SOP PKPB yang dilaksanakan di Tawau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.