
Jurucakapnya berkata, kejadian di perkampungan atas air itu turut mengakibatkan sebanyak 35 buah rumah musnah ‘dijilat’ api.
“Setakat ini, sebanyak dua pusat pemindahan sementara telah dibuka iaitu di PPR Serigai dan Dewan Keramat.
“Setakat pagi tadi juga, 62 mangsa telah ditempatkan di PPR Serigai manakala belum ada mangsa ditempatkan di Dewan Keramat buat masa ini, kami akan maklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, tiga anggota bomba turut dilaporkan cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran.
Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, tiga anggota terbabit berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang daripada hospital, malam tadi.