Polis nafi berlaku perhimpunan solidariti susulan rusuhan

Polis nafi berlaku perhimpunan solidariti susulan rusuhan

Video tersebut dipercayai dirakam pada 13 Mei lalu, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah.

Seorang pengguna Twitter dikenali “Zack Rockstar’ yang memuat naik video berkaitan perhimpunan berkenaan, mendakwa berlaku himpunan solidariti, susulan rusuhan.
BATU PAHAT:
Polis menafikan berlakunya perhimpunan solidariti susulan penahanan kumpulan anak muda yang melakukan rusuhan, membakar suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata pemantauan dan semakan pihaknya mendapati perhimpunan itu sebenarnya tidak berlaku seperti yang didakwa seorang pengguna Twitter “Zack Rockstar’ yang memuat naik sebuah video berkaitan perhimpunan berkenaan.

“Semakan mendapati video tersebut dipercayai dirakam pada 13 Mei lalu antara 5 petang hingga 7 malam, sebelum tangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat,” kata Ismail dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana siasatan masih dijalankan.

Setakat semalam, polis memberitahu seramai 20 individu telah ditahan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu.

Penahanan kesemua lelaki berusia 16 hingga 28 tahun tersebut susulan maklumat orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di sebuah jejantas di kawasan itu pada Khamis, selain sebuah video tular menunjukkan perhimpunan, nyalaan suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.