Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

Wong Sai Wan berusia 59 tahun.

Ketua Pengarang akhbar Malay Mail Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pengarang Malay Mail Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya awal pagi tadi.

Mendiang berusia 59 tahun.

Perkara itu disahkan anaknya Wong Chee Mun ketika dihubungi hari ini.

Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.

Sai Wan adalah wartawan veteran, khususnya dalam laporan berita politik, dan berkhidmat sekian lama dengan akhbar The Star sebelum ‘berhijrah’ ke Malay Mail.

Mendiang juga membimbing ramai wartawan muda sehingga mereka dilantik memegang pelbagai jawatan kanan di The Star dan Malay Mail.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.