Covid-19: HTJ tukar fungsi beberapa wad biasa kepada separa-ICU

Covid-19: HTJ tukar fungsi beberapa wad biasa kepada separa-ICU

Ia bagi menampung peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.

(Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) menukar fungsi beberapa buah wad biasa kepada semi-wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menampung peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan di negeri ini.

EXCO Kesihatan S Veerapan berkata langkah itu diambil berikutan katil di wad ICU hospital berkenaan hampir penuh.

Buat masa ini, terdapat dua hospital Covid-19 di Negeri Sembilan iaitu HTJ dan Hospital Tampin.

“HTJ mempunyai 10 katil ICU untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang kritikal manakala Hospital Tampin ada empat katil dan di Tampin ini kita akan tambah empat lagi katil ICU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini kedua-dua hospital berkenaan menggunakan mesin bantuan pernafasan sedia ada dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memohon mesin tambahan daripada Kementerian Kesihatan.

Veerapan turut memaklumkan Hospital Rembau kini tidak lagi menempatkan pesakit Covid-19, sebaliknya hanya merawat pesakit biasa.

Setakat semalam, sebanyak 100 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Negeri Sembilan menjadikan kes kumulatif sebanyak 20,248 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.