Lokman Adam ditahan polis lagi

Lokman Adam ditahan polis lagi

Menerusi Facebook Lokman, beliau mengesahkan ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lokman Adam berkata beliau ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PETALING JAYA:
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam sekali lagi ditahan polis mengikut Ordinan Darurat, semalam.

Menerusi Facebook Lokman, beliau mengesahkan ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Malam ni besar kemungkinan saya akan terus ditahan di sini (balai polis) dan esok akan dibaca untuk dapatkan penahanan reman di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi,” katanya di Facebook.

Lokman turut meminta sahabat dan rakan seperjuangan beliau mendoakan kesejahteraannya dan berharap dibebaskan segera untuk bersama keluarga menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan Lokman.

“Dia (Lokman) ditahan (petang semalam) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Bulan lalu, Lokman menjadi ahli politik pertama ditahan polis di bawah Ordinan Darurat.

Beliau ditahan bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya mengenai kematian pegawai polis, Shariman Saidin pada 3 April lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.