
Beliau berkata, bagaimanapun senarai laluan tikus berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum, namun pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari masa ke masa.
“Apa yang saya boleh katakan ada banyak laluan tikus, dan kita tidak dapat cover (kawal) semua tempat sekali gus dan sebab itu laluan itu diletakkan penghadang batu dan kawat duri bagi mengelakkan penduduk rentas tanpa kebenaran,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
“Sekiranya ada individu yang cuba rentas tanpa kebenaran, polis akan mengambil tindakan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan tindakan kompaun akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.
Katanya, polis tidak bertujuan menyusahkan orang ramai dengan mengadakan sekatan laluan tikus berkenaan, sebaliknya mahu mengekang penularan Covid-19.
“Jika orang ramai bertindak sedemikian (guna jalan tikus), ia perkara yang tidak boleh diterima. Kita bukan cuba susahkan orang ramai, SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah menyatakan agar orang ramai tidak rentas daerah atau negeri,” tambah beliau.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini.