
Ini bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas, kata Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata, pengoperasian penuh itu adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkidmatan Awam bertarikh 12 Jan.
“Ketua jabatan hendaklah menggunakan hemat dan kebijaksanaan dalam merancang keperluan sumber manusia demi memastikan kehadiran kakitangan ke pejabat dapat diminimumkan melalui sistem penggiliran,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, pekerja yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat diarahkan untuk bekerja dari rumah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah diperuntukkan dalam pekeliling.
“Perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga wabak Covid-19,” katanya.