Berita kematian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar

Berita kematian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar

Khalid, menerusi akaun Facebook berkata keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau masih dikurniakan umur yang panjang dan menafikan mesej mengatakan kononnya beliau telah meninggal dunia.
SHAH ALAM:
“Saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa,” kata bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya pagi tadi selepas keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.

“Seawal subuh keluarga dan pegawai banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah.

“Syukur Alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan terus mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

Dalam hantaran yang sama juga Khalid dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim yang dikatakan meninggal dunia itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.