
Bagaimanapun, difahamkan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya kini sedang dalam proses menyelesaikan siasatan mengenai tuduhan rogol yang dibuat mangsa.
“Pada 8 Dis (2020), pengadu/mangsa membuat laporan polis lain untuk menarik balik kes tersebut dan tidak mahu perkara itu diteruskan ke mahkamah.
“Bagaimanapun, pada Jan 2021, pengadu memaklumkan hasratnya untuk meneruskan kes itu,” katanya, menurut laporan Malaysiakini.
Beliau berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan menunggu arahan selanjutnya.
Seorang daripada mereka yang didakwa dalam laporan polis dibuat wanita itu ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN), manakala seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama Hilman.
Laporan polis itu didedahkan bekas pemimpin Umno, Lokman Adam.