Warga emas didenda RM5,000 kerana tanggal gelang ‘pink’; polis dapat tahu dia positif

Warga emas didenda RM5,000 kerana tanggal gelang ‘pink’; polis dapat tahu dia positif

Polis mencari warga emas itu selepas pihak berkuasa mendapati dia tiada di rumah untuk memaklumkan dia positif Covid-19.

PETALING JAYA:
Seorang warga emas dikompaun RM5,000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa, selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik.

Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan “gelang merah jambu” itu diketahui polis yang mencarinya, selepas pihak berkuasa mendapati dia tiada di rumah ketika ingin memaklumkan hasil saringan Covid-19 – positif.

Wanita itu mengaku berbuat demikian ketika ditemui polis di klinik.

Ketua Polis Raub, Kama Azural Mohamed, berkata pihaknya dukacita dengan tindakan wanita itu, yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang muda.

“Kegagalan mematuhi SOP menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan sukar dibendung,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Wanita itu didenda RM5,000, mengikut Seksyen 22(b) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.