
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd Salleh berkata, remaja itu sebenarnya keluar bersama dua lelaki Bangladesh yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang Rabu lepas.
“Remaja berkenaan kini bersama keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penularan berita palsu itu.
Kes itu tular di media sosial selepas portal itu memuat naik berita mendakwa remaja terbabit diculik dua lelaki Bangladesh dan kenderaan dinaiki mereka ditahan di sekatan jalan raya di Tol Bukit Raja, Klang, dekat sini.