Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB

Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB

PNB turut mengumumkan pelantikan Norazah Razali sebagai Ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa hari ini.

Ariffin Zakaria merupakan Ketua Hakim Negara bagi tempoh 2011 hingga 2017 menggantikan Zeti Akhtar Aziz berkuat kuasa hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) melantik Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pemegang amanah YPB berkuat kuasa hari ini.

Menerusi kenyataan, PNB menjelaskan Ariffin merupakan Ketua Hakim Negara bagi tempoh 2011 hingga 2017 dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dari 2008 hingga 2011.

Menurutnya, YPB juga mengumumkan pelantikan Norazah Razali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PNB berkuat kuasa hari ini.

Norazah ketika ini ialah Penasihat Kanan di Boston Consulting Group (BCG), bagi menyokong dan memberi khidmat nasihat kepada perniagaan dan organisasi di seluruh Asia Tenggara.

“Beliau memiliki pengalaman perundingan strategik dan pengurusan selama lebih 20 tahun khususnya dalam transformasi perniagaan dan organisasi, penstrukturan semula, strategi dipacu pertumbuhan, pembangunan bakat dan kepimpinan serta tadbir urus,” menurut PNB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.