Hospital, PKRC di Kelantan sesak, kata Exco

Hospital, PKRC di Kelantan sesak, kata Exco

Dr Izani Husin berkata, selain hospital dan fasiliti PKRC penuh, Kelantan turut berdepan masalah kekurangan kakitangan kesihatan yang bertugas.

Keadaan itu akibat peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di negeri itu.
PETALING JAYA:
Peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di Kelantan menyebabkan hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sesak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin.

Katanya, selain hospital dan fasiliti PKRC penuh, Kelantan turut berdepan masalah kekurangan kakitangan kesihatan yang bertugas.

“Fasiliti hospital penuh, Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) penuh, kakitangan kesihatan tidak mencukupi,” katanya di Facebook hari ini, menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, Kelantan membuka satu lagi PKRC khas bagi menempatkan pelajar sekolah yang positif, menjadikan PKRC ketujuh di Kelantan susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Izani berkata, Kelantan mencatatkan kes positif Covid-19 baharu harian tertinggi di negara ini dengan 662 kes daripada keseluruhan 2,875 kes pada hari ini.

“Selain itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 yang dicatatkan 1.44 juga melebihi kadar Rt Nasional iaitu 1.15.

“Kelantan juga masih mempunyai kes tertangguh melebihi 3,000 kes dan kes aktif adalah sebanyak 3,493 kes.

“Satu kluster baharu dilaporkan menjadikan sebanyak 31 kluster aktif di negeri ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.