19 sekolah di Selangor tutup angkara Covid-19

19 sekolah di Selangor tutup angkara Covid-19

Semua sekolah yang terlibat mencatatkan kes positif Covid-19 sejak Rabu lalu hingga hari ini dengan 27 kes dilaporkan.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata, sebanyak 27 kes dilaporkan bagi semua sekolah terbabit.
PETALING JAYA:
Susulan kenaikan bilangan kluster Covid-19, sebanyak 19 sekolah di Selangor diarah tutup bermula hari ini, menurut Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Sekolah yang diarahkan tutup bermula hari ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, SMK Bandar Sri Damansara 2, SMK Damansara Jaya, SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.

Selain itu, turut diarah tutup ialah SMK Puchong, SMK Puchong Utama 1, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, SK Bukit Kuchai, SK Bandar Sri Damansara 3, SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.

Selain lain ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.

Difahamkan, semua sekolah yang terlibat mencatatkan kes positif Covid-19 sejak Rabu lalu hingga hari ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dalam kenyataan berkata, sebanyak 27 kes dilaporkan bagi semua sekolah terbabit.

Penutupan sekolah adalah untuk memberi ruang kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak rapat dilakukan.

“Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

“Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.