Peluang tipis untuk pemimpin muda

Peluang tipis untuk pemimpin muda

Pakar politik berkata sistem hieraki parti politik tanahair menyukarkan muka baru mendapatkan tempat dalam kepimpinan tertinggi.

PETALING JAYA:
Kebangkitan ahli politik muda dalam pentadbiran telah menjadi topik utama di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini , sekaligus menandakan tampuk kekuasaan era baru cenderung memberi kepercayaan kepada pemimpin generasi milenial untuk berada di tampuk kekuasaan.

Ia turut membuktikan bahawa pengundi kini mengutamakan kualiti keperibadian seseorang berbanding individu yang bertauliah ketika memilih pemimpin negara.Fenomena ini dipersetujui pakar politik tempatan , namun mengakui ianya sukar untuk diguna pakai di Malaysia.

Bercakap kepada FMT , penganalisis politik Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa UIAM berkata tidak semestinya seseorang dengan latarbelakang dan pengalaman politik yang cukup lama untuk menjawat jawatan tertinggi negara.

Apa yang lebih penting ialah seorang pemimpin itu hendaklah membuktikan kebolehan menyampaikan sesuatu ideologi dengan jelas serta memberi tumpuan kepada perangkaan sesuatu dasar.

Syed Arabi Idid.

Syed Arabi menambah pemimpin Malaysia tidak seharusnya terikat dengan isu remeh masa lalu bagi membolehkan negara ini bangkit ke hadapan , terutama pasca pandemik Covid 19.

“Sebagai negara membangun , pemimpin yang baik seharusnya tidak terikat dengan perkara yang kecil.Kita mesti memikirkan perangkaan dasar yang lebih baik dan penyelesaian segera secara hari ke hari untuk masalah berbangkit”.

“Sekiranya kita kembali dengan amalan begitu , saya berpendapat ianya akan memberi manfaat kepada negera ini pada masa akan datang”, jelas beliau dengan mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sebagai contoh tokoh politik yang berpandangan jauh.

Bagaimanapun , beliau maklum mengenai sistem hieraki ketat yang masih dilaksanakan parti politik tempatan , dimana kedudukan tertinggi biasanya diperuntukkan untuk ahli politik veteran.

Bercakap mengenai pemimpin muda dunia , tidak dapat disangkal lagi yang paling berwibawa diantara mereka ialah Perdana Menteri New Zealand , Jacinda Ardern yang mengangkat sumpah memimpin negara itu pada tahun 2017 ketika berumur 37 tahun.

Kewibawaannya semakin terserlah melalui kemampuan pentadbirannya menangani pandemik Covid 19 dengan efisien.

Sebelumnya , beliau menunjukkan prestasi cemerlang ketika New Zealand berdepan dengan serangan pengganas di Christchurch yang menyaksikan kerajaan pimpinan Ardern memperketatkan undang-undang senjata api di negara itu. Selain itu dasar lain yang diperkenalkan pemerintahan Ardern termasuk jurang gaji antara gender serta dasar keluarga yang lebih baik nyata memenangi hati rakyat di negara itu.

Di Finland pula , Sanna Marin mencuri tumpuan sebagai pemimpin paling muda berkhidmat sebagai perdana Menteri ketika mengisi jawatan itu pada usia 34 tahun.Beliau kini mengetuai kerajaan gabungan yang mengutamakan isu alam sekitar di negara yang dinobatkan sebagai negara dengan rakyat paling bahagia di dunia selama 4 tahun berturut-turut.

Sebastian Kurz pula mencatat sejarah sebagai pemimpin dunia termuda mengetuai kerajaan apabila menjawat jawatan Chancelor Austria pada Disember 2017 sehingga Mei 2019.Beliau kembali terpilih pada awal tahun lalu.

Pada umur 39, Emmanuel Macron menjadi Presiden Perancis termuda dalam sejarah Perancis dan ketua negara yang paling muda sejak Napoleon.

Pensyarah Felo Kanan Institut Perhubungan Antarabangsa Singapura , Oh Ei Sun berkata karakter serta keikhlasan seorang pemimpin dalam membangkitkan isu berkaitan kepentingan negara menjadi antara kunci utama sokongan pengundi.

Oh Ei Sun.

Rencah politik di Malaysia , tidak memerlukan seorang pemimpin itu mempunyai ciri-ciri ketua yang mementingkan pelan tindakan dan keberhasilan dari dasar yang dilaksanakan , untuk mentadbir kerajaan.

Mengulas mengenai kejayaan New Zealand mengawal penyebaran pandemik , Oh berkata ia merupakan hasil dari keputusan yang diambil oleh sebuah kerajaan yang bersifat rendah diri serta akur dengan situasi dan kepentingan rakyat.

“Secara jujur saya tidak nampak perbandingan dengan ahli politik tempatan.Baik di masa lalu , mahupun pada ketika ini yang mempunyai sifat dan karekter yang sama dengan Ardern. Gabungan kerajaan yang lemah nampaknya memegang tampuk kekuasaan negara. Dimana mereka tidak mampu untuk bersatu padu bagi menghadapi situasi sukar ini bersama”.

Mungkin ada yang berdebat , tidak wajar membandingkan kepimpinan Ardern dan Marin dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memandangkan perbezaan populasi di antara negara-negara ini.Namun bekas ahli akademik Azmi Hassan berpendapat sebaliknya.

Azmi Hassan.

“Memang benar New Zealand hanya mempunyai hampir 5 juta populasi berbanding kita dengan 32 juta penduduk.Namun , kita ambil contoh Justin Trudeau.Beliau adalah pemimpin muda yang mentadbir 37 juta penduduk dengan mengetuai kerajaan minoriti,” kata Azmi.

Biarpun Perdana Menteri Kanada itu berdepan dengan pelbagai masalah berbangkit akhir-akhir ini, tidak dinafikan Trudeau telah membuktikan kemampuannya mentadbir negara itu sehingga membuatkan beliau kembali dipilih untuk penggal kedua.

Umur mungkin hanyalah nombor , namun menurut Azmi , generasi muda mempunyai tiga ciri utama yang diperlukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan pasca pandemic Covid 19 , termasuk mereka lebih cenderung dan berani untuk mengambil risiko , mengetengahkan idea baharu dan mendengar pandangan pihak lain.

Bagaimanapun , beliau menyerdari bahawa peluang tipis bagi pemimpin milenial dan “orang luar” untuk mendapatkan tempat dalam kepimpinan tertinggi negara.

“Sangat sukar bagi mereka untuk terlibat dalam politik.Kita kekurangan pemimpin muda kerana sistem hieraki yang masih diamalkan parti politik.Mereka harus mendaki pyramid tersebut secara perlahan-lahan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.