
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, hasil tinjauan di sekatan jalan raya mendapati masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah digunakan semasa PKP Januari lepas.
“Sekiranya degil, mereka boleh diambil tindakan seperti dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra, awal pagi tadi.
Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP itu.
Rabu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP.
Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5% di negeri itu dalam tempoh 14 hari, iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam zon merah.