
Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit kerana ingkar SOP berkenaan.
“Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya yang akan putuskan sama ada mereka akan didakwa atau sebaliknya.
“Kertas siasatan sudah diserahkan dan kita cadang pasangan berkenaan dikompaun,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, turut dikenali sebagai PU Riz telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.
Pada 27 Mac lalu, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan itu, pasangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).