
“Difahamkan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian sekitar RM30 juta akibat sindiket curi elektrik, manakala Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pula berdepan kerugian mencecah RM70 hingga RM80 juta setiap tahun.
“Saya sudah berbincang dengan Bukit Aman dan kedua-dua agensi berkenaan. Tindakan akan dilancarkan pada masa sesuai,” kata beliau selepas menyaksikan majlis serah terima tugas membabitkan tujuh pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Hazani berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sindiket meraih keuntungan lumayan dengan menjalankan kegiatan itu, khususnya di kawasan setinggan.
Oleh itu, beliau mengarahkan semua ketua polis daerah di Sabah segera mengenal pasti kawasan setinggan di daerah masing-masing.
“Maklumat itu penting bagi membolehkan polis mengambil tindakan sewajarnya selepas masalah Covid-19 selesai.
“Isu setinggan dan pendatang asing tanpa izin berlarutan di Sabah sejak puluhan tahun lalu dan kita akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk memandang serius kedua-dua isu berkenaan,” kata beliau.