Polis tumpas sindiket lombong bitcoin RM380,000 curi elektrik

Polis tumpas sindiket lombong bitcoin RM380,000 curi elektrik

Operasi itu menyaksikan rampasan bernilai RM380,000, antara yang terbesar membabitkan perlombongan bitcoin di daerah itu.

Menurut polis, semua premis dipercayai sudah beroperasi dua hingga empat bulan dan menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM216,487. (Gambar Bernama)
JEMPOL:
Polis menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin yang mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan mereka dalam serbuan ke atas lima premis rumah kedai di sekitar Bahau pada 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook, berkata operasi dijalankan bersama Special Engagement Against Losses (SEAL) TNB itu menyaksikan rampasan bernilai RM380,000, antara yang terbesar membabitkan perlombongan bitcoin di daerah berkenaan setakat ini.

“Dalam operasi bersepadu itu sebanyak 190 unit mesin perlombongan bitcoin disita. Semua premis ini dipercayai sudah beroperasi dua hingga empat bulan dan menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM216,487.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Usaha mengesan pemilik premis akan dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mencuri bekalan elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.