Jual air kosong lebih RM1, KPDNHEP keluar 12 notis terhadap pekedai

Jual air kosong lebih RM1, KPDNHEP keluar 12 notis terhadap pekedai

Notis dikeluarkan susulan Ops Catut 8.0 (air kosong) ke atas premis makanan dan minuman di Selangor bermula 7 hingga 15 April ini.

Operasi oleh KPDNHEP Selangor itu dijalankan susulan rungutan pengguna berhubung caj air kosong yang agak tinggi di premis makanan dan minuman.
SHAH ALAM:
Akibat menjual air kosong pada harga yang lebih mahal daripada ditetapkan, iaitu RM1 segelas, peniaga-peniaga premis makanan dan minuman menerima 12 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor setakat semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, notis dikeluarkan susulan Ops Catut 8.0 (air kosong) ke atas restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan serta warung di seluruh negeri bermula 7 hingga 15 April ini.

“Peniaga yang dikenakan notis itu diberi tempoh dua hingga lima hari bekerja untuk membekalkan maklumat diarahkan,” kata beliau dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan susulan rungutan pengguna berhubung caj air kosong yang agak tinggi di premis makanan dan minuman.

Beliau meminta pengguna di Selangor membuat aduan menerusi [email protected], [email protected], hubungi 1800 886 800 atau WhatsApp 019-279 4317.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.