
Hassan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu kepada ketua menteri yang juga Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor sempena majlis ulang tahun kedua PPBM Sabah.
Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai hala tuju politik beliau selepas mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas pada Feb lalu.
Pada 25 Feb lalu, Hassan mengumumkan menjadi ADUN bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional.
Hassan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 Sept lalu atas tiket Warisan.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tindakannya meninggalkan Warisan didorong kekecewaan dengan sikap pemimpinnya yang terlalu banyak berpolitik ketika rakyat berdepan kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.