PM bakal berucap di perhimpunan agung MIC

PM bakal berucap di perhimpunan agung MIC

Ucapan Muhyiddin Yassin bakal disiarkan kepada perwakilan di Hotel Wyndham Acmar di Klang.

Muhyiddin Yassin akan berucap dalam perhimpunan agung MIC, sementara presiden parti itu, S Vigneswaran, menafikan terdapat tawaran bagi parti itu menyertai gabungan lain.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berucap kepada perwakilan MIC pada perhimpunan agungnya hari ini, iaitu langkah yang dilihat  menambah persoalan mengenai tahap kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN).

Bercakap dengan FMT, Naib Presiden MIC C Sivarraajh mengesahkan bahawa Muhyiddin, pengerusi Perikatan Nasional, dijadual menyampaikan ucapan itu yang akan disiarkan kepada perwakilan di Hotel Wyndham Acmar di Klang.

Muhyiddin akan berucap kepada perwakilan parti komponen BN itu seminggu selepas Umno, yang menjadi tunjang gabungan berkenaan, membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PPBM, yang dipimpin Muhyiddin.

Sepanjang minggu lalu, MIC mengkritik Umno mengenai janji presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkukuh undang-undang syariah,  meminta pemimpin BN keluar dari jemaah menteri dan hasrat Umno meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Sungai Siput, yang sebelum ini adalah kerusi tradisi MIC.

Difahamkan, Zahid juga akan berucap kepada para perwakilan secara maya.

Bulan lalu, Presiden MIC S Vigneswaran menafikan bahawa MIC telah menerima tawaran untuk meninggalkan BN bagi menyertai  kumpulan politik lain.

Konvensyen hibrid MIC tahun ini adalah gabungan pertemuan secara langsung dan maya, dengan Bernama menganggarkan 400 perwakilan hadir di dewan dan 400 perwakilan atas talian menyertai konvensyen Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC.

Pemilihan cabang di jangka berlangsung mulai Isnin depan hingga 5 Mei sementara pemilihan bagi presiden parti dijangka diadakan pada Jun.

Pemilihan untuk jawatan tertinggi lain akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Vigneswaran dalam sidang media bulan lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.