Warga emas maut dipercayai dipanah petir

Warga emas maut dipercayai dipanah petir

Mangsa Abd Wahab Talib, 63, ditemui meninggal dunia dengan kesan luka dan terbakar di kebun miliknya di Kampung Kuala Jengai, Dungun petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah berkata, mangsa ditemui di bawah tempat berteduh dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya kira-kira pukul 4 petang semalam.
DUNGUN:
Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah berkata, mangsa Abd Wahab Talib, 63, ditemui di bawah tempat berteduh yang ditutup dengan atap zink, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya Nur Eliesya Bathrieysya kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Sebelum kejadian mangsa dikatakan keluar ke kebun miliknya selepas solat Zohor dan kira-kira pukul 4 petang, anak perempuan mangsa berasa tidak sedap hati sebelum pergi mencari mangsa di kebun.

“Nur Eliesya yang melihat bapanya tidak sedarkan diri cuba mengejutkan bapanya, namun tidak mendapat sebarang tindak balas dan dipercayai telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Baharudin berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan kebakaran dan tiada unsur jenayah.

Tambah beliau lagi mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.