7 daripada 10 kluster baharu Covid-19 babitkan tempat kerja

7 daripada 10 kluster baharu Covid-19 babitkan tempat kerja

Dua lagi membabitkan komuniti, manakala satu melibatkan kumpulan berisiko.

Selain kluster-kluster baharu hari ini yang membabitkan tempat kerja, terdapat juga kluster baharu yang membabitkan komuniti dan kumpulan berisiko.
PETALING JAYA:
Sepuluh lagi kluster baharu Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan hari ini, dengan tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja.

Dua lagi membabitkan komuniti, manakala satu melibatkan kumpulan berisiko, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Kluster-kluster baharu ini dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, serta Sabah.

  • Kluster Banjaran Gading (Kota Kinabalu) dengan lapan kes
  • Kluster Simpang Empat (Kunak) dengan 11 kes
  • Kluster Industri Bukit Angkat (Hulu Langat) dengan 38 kes
  • Kluster Jalan Taat (Johor Bahru) dengan sembilan kes
  • Kluster Jalan Bukit Nanas (Cheras, Titiwangsa dan Kepong) dengan sembilan kes
  • Kluster Jalan Padang (Tampin, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Alor Gajah) dengan 14 kes
  • Kluster Wakaf Chagak (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dengan sembilan kes
  • Kluster Kalindukan (Nabawan) dengan 13 kes
  • Kluster Permatang Pasir (Port Dickson) dengan 11 kes
  • Kluster Pekan Batu (Hulu Langat) dengan 15 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,388 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 363 kluster aktif dan 57 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, sembilan kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Damai Pelangi, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pasar Borong KL 2, Kluster Jalan Jasmine, Kluster Jalan Empat, Kluster Jalan Industri Kidamai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Persiaran Alam), menjadikan 1,025 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Kluster Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (55 kes),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.