Perlembagaan diuji sehabisnya, kata ketua hakim negara

Perlembagaan diuji sehabisnya, kata ketua hakim negara

Tengku Maimun Tuan Mat meminta hakim tidak bersikap berat sebelah walaupun berhadapan dengan kes yang melibatkan tokoh awam.

Tengku Maimun Tuan Mat berkata hakim sering dilabel ‘konservatif’ atau ‘liberal’ namun apa yang penting adalah mereka sentiasa bersifat saksama.
PUTRAJAYA:
Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kini diuji sehabis-habisnya, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, sambil mengingatkan badan kehakiman supaya sentiasa saksama dan selalu bersedia untuk memberikan keadilan sesuai dengan kedaulatan undang-undang.

Ketua hakim itu berkata, beliau tidak mempunyai keraguan bahawa golongan hakim mampu menanganinya memandangkan “kehidupan masa kini memang mencabar.”

“Pada masa seperti ini, badan kehakiman harus tetap saksama,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada program induksi untuk sembilan pesuruhjaya kehakiman (JC) dua hari lalu.

“Anda pasti akan mendengar kes-kes yang menarik perhatian orang ramai dan/atau kes yang melibatkan tokoh masyarakat,” katanya, sambil menambahkan bahawa “tidak kira bagaimanapun kesaksamaan anda, keputusan anda tidak akan diterima sebagai saksama atau dilihat secara objektif.”

Hari ini, beliau menyampaikan surat pelantikan selain menyaksikan kenaikan pangkat lima hakim Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

Tengku Maimun juga berkata, dalam melaksanakan tugas kehakiman, hakim tidak memiliki hak istimewa untuk memilih kes mana yang ingin dihakimi.

Selalunya, katanya, keputusan hakim akan diterima dengan sentimen yang kuat. Bagaimanapun, beliau berkata seseorang tidak perlu terlalu bimbang dengan pandangan orang lain terhadap sesuatu keputusan, tidak kiralaha dari eksekutif, legislatif, awam malah rakan mereka sendiri.

“Anda harus tetap teguh dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Umum mendengar hakim dilabel sebagai ‘konservatif’ atau ‘liberal’. Setahu saya, hanya satu label yang penting: hakim yang saksama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.