Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat

Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk keluar daripada kerajaan pada Ogos.

KUALA LUMPUR:
Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos, jadi tarik diri bulan itu.

“Jangan main silat pulut. Ogos kita keluar ramai-ramai dari kerajaan,” katanya semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2020.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.

“Jangan acah-acah je,” tambahnya.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dalam penggulungannya berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk PRU15 akan diadakan.

Zahid juga yakin pemimpinnya yang menjadi menteri dan yang memegang jawatan kanan lain dalam kerajaan akan mendukung keputusan keluar daripada kerajaan PN dan menarik diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.