
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pelucutan hak itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin memaklumkan tiada pihak ketiga tampil untuk menuntut wang itu selepas Jabatan Peguam Negara menerbitkan warta yang berkaitan pada 11 MAc.
Ditemui pemberita selepas keputusan itu, Syafinas menjelaskan pihak ketiga diberi notis 10 hari untuk menuntut wang itu.
Menurut laporan The Edge, Hock Peng tidak melantik peguam untuk mewakilinya.
Hock Peng, dan isteri, Goh Gaik Ewe, meninggalkan Malaysia selepas perubahan pentadbiran kerajaan pada Meo 2018.
Difahamkan wang itu dalam tujuh akaun bank berbeza.
Sebelum ini dilaporkan Hock Peng menyimpan wang itu dalam akaun semasa dan tetap yang kini menjadi perhatian dalam prosiding pelucuthakan selepas anaknya, Low, dikaitkan dengan skandal 1MDB.
“Kami percaya wang itu dipindahkan daripada syarikat asing…oleh Low,” kata sumber kepada akhbar kewangan itu tahun lepas.
Kerajaan memohon pelucutan hak mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, yang membolehkan pihak berkuasa melucutkan hak ke atas harta tanpa pendakwaan.