
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, semua dikenakan dikompaun.
“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (21), tidak memakai pelitup muka (17), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (6), aktiviti pusat hiburan (5), tiada penjarakan fizikal (3), langgar perintah kuarantin (1), memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran (1),” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Ismail berkata semalam seramai 3,428 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19.
Katanya, daripada jumlah itu, 11 orang didapati positif Covid-19.
“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 644,425 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 33,440 majikan.
“Daripada jumlah itu, seramai 9,971 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 634,454 lagi adalah negatif,” katanya.
Ismail berkata, sehingga kini sebanyak 1,534 klinik terlibat dengan program saringan terbabit.
“Seperti yang diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Feb 2021,” katanya.