
Cucu beliau, Faiqah Khairul Azam, 25, berkata Allahyarham, yang menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak tiga tahun lalu, baru sahaja menjalani pembedahan kira-kira tiga minggu lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor, kata Faiqah.
“Nenek demam sudah dua hari…sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada tumor,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Taman Bukit Kepayang di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban selepas Zohor.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua lelaki.
Hapsah merupakan pejuang Umno yang memegang jawatan Ketua Wanita Bahagian Rasah sejak lima penggal lalu.