Polis tumpas sindiket curi elektrik lombong bitcoin di Seremban

Polis tumpas sindiket curi elektrik lombong bitcoin di Seremban

Serbuan dibuat di tiga premis rumah kedai di sekitar kawasan Seremban 3 melibatkan nilai rampasan RM528,000.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, TNB melaporkan kerugian sebanyak RM105,000 sebulan akibat aktiviti haram tersebut sejak enam hingga tujuh bulan lepas. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dalam serbuan di tiga premis rumah kedai di sekitar kawasan Seremban 3 melibatkan nilai rampasan RM528,000.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menyerbu kedai pertama dengan merampas 82 unit mesin perlombongan bitcoin.

“Kedai kedua sebanyak 102 mesin bitcoin dan kedai seterusnya 80 mesin bitcoin dirampas.

“Selain itu, seorang lelaki ditangkap dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin ini.

“Hanya satu tangkapan setakat ini, siasatan akan dijalankan bagi mencari dalang di sebalik aktiviti ini. Saya percaya dia adalah penjaga premis,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM105,000 sebulan akibat aktiviti haram itu yang dilakukan sejak enam hingga tujuh bulan lepas.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mencuri bekalan elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.