“Situasi sekarang terkawal,” katanya kepada FMT.
Dalam laporan Sinar Harian semalam, Hamid mendedahkan wujud gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda polis yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.
“Saya pertama kali mengesan langkah kotor ini oleh seorang pegawai kanan yang bercita-cita untuk memimpin pasukan suatu hari nanti.”
Hamid terpaksa mendedahkan perkara itu untuk mencegah generasi pelapis yang lain daripada melakukan “rancangan kotor” seperti itu.
“Saya tidak mahu pasukan polis dijadikan padang permainan oleh mereka yang mempunyai agenda licik pada masa depan.”
“Pasukan polis adalah pasukan yang bersih, yang ditugaskan untuk melindungi perlembagaan, negara dan rakyat mengikut undang-undang negara dan bukan menurut kehendak dan keinginan pegawai masing-masing.
Januari lalu, Hamid mendedahkan terdapat rangkaian atau “kartel” yang diwujudkan dalam pasukan polis dan didalangi pegawai kanan di peringkat pertengahan dengan motif untuk mendominasi pasukan itu bagi memudahkan mereka melakukan “kerja kotor”.