
Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat 3 Mac lalu.
“Beberapa pasukan khas dipersetujui untuk ditubuhkan dengan dianggotai pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Pasukan khas itu dibahagikan kepada lima portfolio, iaitu pendidikan, ekonomi, demokrasi dan perundangan, perpaduan nasional serta undi automatik 18 tahun.
Naib Presiden Umno dan bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid mengetuai pasukan khas pendidikan, manakala Ketua Umno Wilayah Persekutuan dan bekas menteri kewangan kedua, Johari Abdul Ghani memimpin pasukan khas ekonomi.
Ahli Parlimen Pengerang dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said menerajui pasukan khas demokrasi dan perundangan, Richard Kastum @ Mosinal daripada PBRS (perpaduan nasional) dan bekas ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran (undi automatik 18 tahun).